Thursday 15 December 2011

Duhai...



Yang lembut fitrah tercipta,
halus kulit, manis tuturnya,
lentur hati … telus wajahnya,
setelus rasa membisik di jiwa,
di matanya cahaya, dalamnya ada air,
sehangat cinta, sejernih suka, sedalam duka,
ceritera hidupnya …
seorang gadis itu …
hatinya penuh manja,
penuh kasih sayang semuanya,
cinta untuk diberi … kasih untuk dirasa …
namun manjanya bukan untuk semua,
bukan lemah, atau kelemahan dunia … ia bisa kuat,
bisa jadi tabah, bisa ampuh menyokong ,
pahlawan-pahlawan dunia … begitu unik tercipta,
lembutnya bukan lemah,
tabahnya tak perlu pada jasad yang gagah …
seorang gadis itu …
teman yang setia,
buat Adam dialah Hawa,
tetap di sini … dari indahnya jannah,
hatta ke medan dunia,
hingga kembali mengecap nikmatNya …
seorang gadis itu …
bisa seteguh Khadijah, yang suci hatinya,
tabah & tenang sikapnya, teman ar-Rasul,
pengubat duka & laranya … bijaksana ia,
menyimpan ílmu, si teman bicara,
dialah Áishah, penyeri taman Rasulullah,
dialah Hafsah, penyimpan mashaf pertama kalamullah … seorang gadis itu …
bisa setabah Maryam,
meski dicaci meski dikeji,
itu hanya cerca manusia,
namun sucinya ALLah memuji …
seperti Fatimah kudusnya,
meniti hidup seadanya,
puteri Rasulullah … kesayangan ayahanda,
suaminya si panglima agama,
di belakangnya dialah pelita,
cahaya penerang segenap rumahnya,
ummi tersayang cucunda Baginda … bisa dia segagah Nailah,
dengan dua tangan tegar melindung khalifah,
meski akhirnya bermandi darah,
meski akhirnya khalifah rebah,
syahid menyahut panggilan Allah . seorang gadis itu …
perlu ada yang membela,
agar ia terdidik jiwa,
agar ia terpelihara … dengan cinta Rabbnya,
dengan rindu Rasulnya … dengan yakin Deennya,
dengan teguh áqidahnya,
dengan utuh cinta yang terutama, Allah dan juga RasulNya,
dalam ketaatan penuh setia .
pemelihara maruah dirinya, agama, keluarga & ummahnya …
seorang gadis itu …
melenturnya perlu kasih sayang,
membentuknya perlu kebijaksanaan,
kesabaran dan kemaafan, keyakinan & penghargaan,
tanpa jemu & tanpa bosan,
memimpin tangan, menunjuk jalan … seorang gadis itu …
yang hidup di alaf ini,
gadis akhir zaman,
era hidup perlu berdikari …
dirinya terancam dek fitnah,
sucinya perlu tabah, cintanya tak boleh berubah,
tak bisa terpadam dek helah, dek keliru fikir jiwanya,
kerana dihambur ucapkata nista,
hanya kerana dunia memperdaya … kerana seorang gadis itu,
yang hidup di zaman ini …
perlu teguh kakinya,
mantap iman mengunci jiwanya,
dari lemah & kalah, dalam pertarungan yang lama … dari rebah & salah,
dalam perjalanan mengenali Tuhannya,
dalam perjuangan menggapai cinta,
nikmat hakiki seorang hamba,
dari Allah yang menciptakan,
dari Allah yang mengurniakan,
seorang gadis itu … anugerah istimewa kepada dunia! seorang gadis itu …
tinggallah di dunia, sebagai ábidah, da’ieyah & mujahidah,
pejuang ummah … anak ummi & ayah,
muslimah yang solehah … kelak jadi ibu,
membentuk anak-anak ummah,
rumahnya taman ilmu, taman budi & ma’rifatullah …
seorang gadis itu …
moga akan pulang,
dalam cinta & dalam sayang,
redha dalam keredhaan,
Tuhan yang menentukan … seorang gadis itu dalam kebahagiaan!
Moga ar-Rahman melindungi,
merahmati dan merestui,
perjalanan seorang gadis itu …
menuju cintaNYA yang ABADI!
amin….

~Tasbih cintaku~



Ya Allah, berilah aku ilham supaya aku mampu menempuh jalan yang benar, menguruskan semua persoalan dengan tepat, lindungi aku daripada keburukan diriku sendiri.
Ya Allah, jadikan aku pembimbing dan dibimbing olehmu, pemberi petunjuk yang tepat serta mendapat petunjuk yang tepat.
Anugerahkan padaku kedudukan dan memampuan yang mengangkatku ke tempat yang tinggi disisimu, sehingga aku mendapat perhatianmu dalam segala urusanku.

Tuesday 13 December 2011

~Pertemuan Bukan Milik Kita~

Pertemuan menghadiahkan kita kasih sayang
Jika cinta satu pasti bertemu ia tidak ternilai
Kerana antara hati kita
Telah tiada antaranya lagi
Yang ada hanya cinta kasih Ilahi
Kita berpisah hanya sementara
Kerana pertemuan bukan milik kita
Jasad dan suara berjauhan sentiasa
Namun cinta abadi
Biar terpisah selalu menderita
Kerana syurga menagih ujian
Sedang neraka dipagari oleh nikmat
Bertemu tidak jemu berpisah tak gelisah
Bicara kita adalah bicara sufi
Tanpa suara dan kata-kata
Kerana penghubung kita adalah suara hati
Bertemu berpisah kerana Allah

~~Bicara hatiku~~


Monday 12 December 2011

~~Kerna Hati Berbicara~~


Pertemuan..
di antara dua insan
sering membuahkan kasih dan sayang
ukhuwah antara kita anugerah yang Esamenuju cinta yang abadi
pencarian..
erti kasih dan sayang
pastinya ada jiwa yang terkorban
kerna dilanda dilema
di tengah persimpangan
cintakan Allah atau manusia
percintaan itu fitrah manusia
dipenuhi untuk mencari redha Ilah
ijika cinta tak berpanduturuti hawa dan nafsu musnahlah bunga hiasan diri
perpisahan ..
sekadar menguji kita
apakah kita tabah dgn ketentuan-Nya
cintaku hanya Yang Satu
kita pasti kan bertemu
kerana pertemuan dan perpisahan itu milik-Nya sentiasa
biar terpisah jika itu kehendak-Mu
mendidik nafsuku menundukkan mazmumah
janganlah ada walau secebis rasa perasaan ingin memiliki
kerana itu hanyalah sifat-Mu
menjauhkan daku dari sifat kehambaan
pertemuan dan perpisahan
bukannya milik kita
bertemu dan berpisah hanya kerana-Nya
pencarian
erti kasih dan sayang
pastinya ada jiwa yang terkorban
kerna dilanda dilema
di tengah persimpangan
cintakan Allah atau manusia
percintaan itu fitrah manusia
dipenuhi untuk mencari redha Ilahi
jauhi cinta yang fanabersalut kepuraan
cinta Ilahi itu yang abadi
perpisahan
sekadar menguji kita
apakah kita tabah dengan ketentuan-Nya
cintaku hanya Yang Satu
kita pasti kan bertemu
kerana pertemuan dan perpisahan itu milik-Nya sentiasa
biar terpisah jika itu kehendak-Mumendidik nafsuku menundukkan mazmumah
janganlah ada walau secebis rasa perasaan ingin memiliki

kerana itu hanya lah sifat-Mu
menjauhkan daku dari sifat kehambaan
pertemuan dan perpisahan
bukannya milik kita
bertemu dan berpisah hanya kerana-Nya
cinta Ilahi itu yang abadibertemu dan berpisah hanya kerana-Nya


Yang teramat indah~Putera Idamanku...

Assalamu’alaykum wbt..
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,
Ya Allah, seandainya ini yang telah ditentukan untukku, terbaik untukku, redakanlah hatiku, agar bisa ku suburkan bersamanya keimanan dan ketaqwaan, hadirkanlah keikhlasan, ketenangan, kekuatan serta kebahagiaan dalam menempuhi segalanya ya Allah ke dalam diriku, sungguh ku tak mampu menghadapinya sendirian dan daku lemah ya Allah, segala yang datang dan pergi adalah dariMU, sangat memerlukanMU, setiap langkah dan nafasku…perlukan kasih sayangMU ya Allah…ya Allah, Tuhan yang memiliki dan mengetahui isi hatiku, hiburkanlah dan gembirakanlah daku dengan redaMU..tidak berbelah bagi hati ini, teguh keyakinan padaMU senantiasa, sentiasa berpaut padaMU, dan kembali kepadaMU…pasti ada hikmahnya…hiburkan hatiku ya Allah dengan redaMU…duhai hati, tegarlah selalu bersama kurniaanNya..kurniakan hidayah ya Allah di sepanjang jalan ini, agar terpandu mata hatiku dalam menilai permata hikmah serta kasih sayangMU..~
“Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu lebih baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (Al Baqarah:216)
bibir…
mengungkai senyum sendiri,
sedang hati,
berkocak lagi…
tak terdaya lagi,
sering daku tersungkur..
hadirlah ketenangan dan kekuatan…
daku hanya hamba ya Allah…~
Always Remember…
When things are down,
And you are out of your mind…
Remember just remember…
Allah is The Kind and
He knows Best for you..
Allah will always be there for you ~!
~ Ku dambakan cinta ILAHI, redaNYA kujejaki…~
~PrincessNur~

Moga hatiku tidak berbelah bahagi...




Mengingati dirimu adalah perkara yang membuatkan ku tersenyum namun di sebalik itu, hati sering tertanya apakah ini suatu petanda ikatan hati kita ??
Kerana apa yang telah terjadi memberikan ribuan hikmah yang tersembunyi dan ku melihat dari perspektif yang berbeza, mungkin juga untuk menguji yang sering kita ikrarkan ‘ukhwah itu indah bila tunjangnya kerana ALLAH’, benarkah teman?
Tersedar ku dari lamunan yang panjang, sejauh mana ianya menguji, biarkan hati ini diuji agar ku tahu apa ku hadapi sekarang hanyalah secebis dugaan dari cabaran sebuah perjuangan…masih jauh perjalanan perjuangan ini, masakan hanya kerana ini segalanya akan berubah ?
Terlalu banyak yang terjadi…subhanallah…ILAHI, tunjukkan jalan keluar dari kekusutan ini, ku dambakan ukhwah yang indah, tenangnya hati ini menghadapi segalanya…saya boleh tersenyum dengan segalanya namun seringkali hati menangis..apakah layak menerima tarbiyah sedemikian?
Masih banyak kekurangan dan kelemahan diri, maafkanlah…berterusan ku membina kekuatan…dengan hati disandarkan pada ILAHI…hanya satu pintaku…agar apa yang terjadi ini ditunjukkan jalan keluar…terimalah sekadarnya dan perbetulkanlah, duhai hati, tegarlah membina tarbiyah Islam…moga ALLAH tunjukkan jalan kebenaran, tunjukkan yang benar dan sebenarnya untukku…
Bukanlah itu prinsip saya, mempermainkan dan mengecewakan serta melukai…andai tiada cinta ILAHI, masakan ianya akan berkilau tanpa digilap?
Tiada ILAH selain ALLAH, MUHAMMAD itu pesuruh ALLAH…
Kerana kasih sayang ini tulus ikhlas insyaAllah kerana ALLAH, telah lama saya mendidik hati ini untuk bersabar, belajar dan mengajarnya untuk bersabar dengan sabar yang indah…menanti sebuah kepastian yang belum tentu…tetapi itu adalah sebuah janji yang saya yakin ALLAH takkan mengecewakan hambaNya yang sentiasa memohon kepadaNya…kerana itu, insyaAllah saya akan terus kukuh dengan pendirian saya dengan bantuan ALLAH untuk memandu hati saya dalam sebuah perjalanan ini, agar sekiranya tersungkur di tengah jalan, saya mampu bangkit…tiada ertinya perjuangan tanpa diuji…
Setulus doa dan harapan saya agar mewarisi ketabahan dan keikhlasan Siti Sarah, isteri Nabi Ibrahim…kecerdikan Aisyah Al-Humaira, isteri yang berjaya menambat hati Kekasih Allah…kerana itulah keperibadian yang telah lama diserapkan dalam diri sejak lahir ke dunia ini…melalui bait muslim dan biah solehah sepanjang 20 tahun pengembaraan saya di dunia fana ini…biarlah ianya mengajar erti kehidupan ini, melihat dunia dalam perspektif seorang hamba yang tidak mempunyai apa-apa kecuali pergantungan kepadaNya…
Setiap sesuatu perkara yang saya lalui, yang Allah rancangkan untuk saya, membawa mesej yang tersendiri. Biar sekecil perkara, seenteng peristiwa, mungkin manis bermadu atau pahit menolak anak tekak, saya mahu cari maksudnya, dan mengupas bahagia yang tersurat mahupun tersirat.
Dan doaku, moga ditemui keperibadian muslim sejati…jazakallah khairan kathira doa untuk saya…insyaAllah doakan saya terus mencari keperibadian muslimah sejati…
Moga ianya adil … insyaAllah… bi iznillah ya ILAHI
Kudambakan cinta ILAHI, redhaNYA kujejaki…
~NurhazwaniZainuddin~
PrincessNur

Saturday 10 December 2011

Ombak Rinduku

"Rinduku umpama ombak yang tak berhenti. Kasihmu bagai pantai yang setia menanti"
Untukmu Putera Idamanku......
Sayangku kau hadir dgn senyuman..
Hadir membawa setuja harapan...
Membuat hidup tiada kesunyian...
Dalam melayari bahtera kehidupan...
Datanglah padaku..bisikkan kerinduanmu..kan ku hiasi hidupmu dgn belaian manjaku...
Agar kau sedari hebatnya cintaku...
Senyummu indah membela kalbu..Jiwa terpaku saat melihatmu..
Yang pasti cinta kini bertamu bernafas dlm dakapan cintamu...
Putera Idamanku...
Kasihmu seharum bunga..jiwamu selembut sutera...
Sepi tatkala sendiri terubat jua walau hidup dulunya derita...
Cintaku terhadapmu jujur dan ikhlas...
Segala janjiku pastiku kotakan..
Kasih sayang tersulam bkn mainan tp mnjadi bukti percintaan..
Setiaku sekuntum mawar merah..tangkainya adalah cintaku dan kelopaknya adalah nyawaku..
Seandainya gugur kebumi..tangkai masih utur tak berganti....
...Kasih Sayangku akan tetap kekal disanubari...

Penglipur Lara♫❤♫❤♫❤.♫❤♫❤♫

Duhai insan bernama kekasih
Pertemuan kita di suatu ketika
diselimuti keindahan dan
kebesaran yang Maha Esa
Ku mengenalimu tanpa kau sedari
dalam perjuangan kita sehari-hari menuntut ilmu…
kegigihan dan kesungguhanmu
kejernihan wajahmu wahai kiranya
keturunan terpilih
kesederhanaanmu
pelbagai kebaikan dapat kulihat
dari peribadimu…
Namun aku lebih tertarik kerana…
keteguhan agamamu
Ku yakin perasaan yang lahir terhadap
diriku adalah anugerah Yang Maha Esa
Namun segalanya berubah di saat aku
meluahkan rasa…
kau terdiam lalu menjauhkan diri
Perubahan lakumu membuatkanku pasrah.
Lalu ku berserah dan
mengharapkan hikmah dariNya…
Meskipun jauh di sudut hati aku masih mengharap..
dan masa terus berlalu…
kita kian jauh…
“Aku berserah diri sepenuh hati pada-Mu
Ya Rabbi. Semoga Engkau memberi kekuatan
sebagai ganti kelemahan dan
memberi kecukupan dari segala kekuranganku..”
Hinggalah disuatu ketika
kau mengirimkan berita
disaat engkau beristikharah
rupanya engkau menyimpan rahsia cinta Agung
Dan akhirnya kita bersatu
disaat cinta berputik
hatinya memuji Tuhan
Disaat rindu mengusik
Rasul menjadi pilihan…

Penyeri Hidupku....

Bismillahirrahmanirrahim...
" Dinikahi wanita itu kerana 4 perkara : Kerana hartanya dan kerana keturunannya dan kerana kecantikannya dan kerana agamanya, maka pilihlah yang mempunyai (mengamalkan) agama, ia menyenangkanmu." (Riwayat Muslim)
Assalamualaikum wbt...

Aku bukanlah seorang wanita yang memiliki harta bertimbun, bukan juga seorang yang mempunyai paras wajah yang anggun jelita bak bidadari, jauh sekali bersusur galurkan keturunan yang dihormati dan disegani. Apa yang ada pada diriku hanyalah agama yang menjadi pegangan dan panduan hidup untuk aku terus gah berdiri di muka bumi Allah ini. Maka milikilah hatiku dengan izin Allah, milikilah cintaku keranaNya, milikilah diriku kerana agamaNya dan milikilah jiwaku keranaNya.

Tidak pernah dan tidak sekali pun aku kisah siapa sahaja yang mahu berkawan dengan ku baik perempuan mahupun lelaki. Apa yang penting bagiku asalkan dia tahu batasnya ikhtilat terutama jika dia seorang lelaki. Tetapi aku kisah jika dia seorang lelaki yang terus-terusan meluahkan perasaan cintanya kepadaku tanpa melalui orang perantaraan yang aku percayai. Kerana aku tidak yakin lelaki sebegini mampu menjadi pemimpinku dalam perjalanan panjang mencari dan meraih redhaNya. Cintaku tidak semurah itu! Biarlah dia sehebat mana sekalipun tetapi aku tidak akan sekali-kali berkompromi dalam soal ini. Bagi aku lelaki sebegini kurang mujahadahnya dalam mengawal perasaan cintanya walaupun dia seorang yang hebat dari segi dakwah. Dimana hilangnya sensitivitinya terhadap agama dalam hal sebegini yang berkait rapat dengan kerajaan diri iaitu hati? sedangkan hati perlu dijaga kerana disitu letaknya segala kemuliaan. Cukuplah sekadar berkawan denganku sehingga tiba masa yang ditetapkanNya. Saat itu pasti tiba!

Kerap sekali soalan siapa mujahid pilihanku dilontarkan oleh sahabat2 seperjuangan ku dulu. Usahlah ditanya kerana itu menjadi asrar qalbi. Cuma ingin aku tegaskan aku tidak menginginkan lelaki yang hebat di pentas dunia, bukan juga yang namanya sering meniti di setiap bibir gadis-gadis kerana ketampanan dan kepimpinannya yang menyerlah tetapi, aku lebih memilih dia yang penuh dengan kerendahan hati, yang bangunnya disepertiga malam menemui Sang Kekasih dengan hati yang sarat dengan kerinduan dan kecintaan kepadaNya. Hidupnya sentiasa dalam halaqah, yang ditarbiyah dan istiqamah dalam perjuangan dakwahnya. Biarlah dia tidak dikenali oleh sesiapapun asalkan namanya menjadi sebutan di langit Ilahi dan dirindui para bidadari syurga. Yang ku harapkan bukanlah putera berharta tapi yang diimpi biarlah putera agama. Bukanlah aku mengharapkan yang sempurna kerana aku juga serikandi dengan silam yang kelam.

Walaupun adakalanya hati ini terasa lelah dan penat kerana kerap teruji dengan cinta lelaki, ku cuba juga sedaya upaya mungkin menepis cinta yang tak halal buatku. Ku hargai perasaan setiap insan yang datang padaku tetapi aku tetap dengan prinsipku cinta untuk seorang suami takkan ku kongsi!. Kalian lebih mulia berbanding diriku yang hanya insan hina yang cuba meraih redha dimataNya. Tetapi aku tidak boleh menerima kalian memandangkan hati ini tidak bersedia untuk menerima sesiapa. Bukanlah niatku untuk menyakiti hati sesiapapun, malah aku cukup merasa serba salah bila orang kecewa dan patah hati keranaku. Ketahuilah aku cuma kasihankan kaummu wahai adam kerana Rasulullah s.a.w sendiri pernah bersabda
"Tidak ada fitnah terbesar buat seorang lelaki di akhir zaman melainkan seorang wanita"
Aku takut tergolong dalam golongan yang menjadi fitnah kepada lelaki. Aku tidak mahu melalaikan seorang lelaki yang bakal menjadi mujahid agama. Betapa berdosanya diriku jika aku menjadi punca kejatuhan mereka.

Kepada insan yang pernah ku katakan diriku sudah bertunang dan mempunyai pilihan sendiri, ya memang benar. Aku mempunyai pilihan ku sendiri, dan sudah pun bertunang. Aku bertunang dengan study dan gerak kerja ku dan pilihan ku adalah "dia" yang Allah takdirkan buatku. Dalam usiaku ini aku tidak mahu tertipu dengan cinta palsu yang boleh mengundang padah pada keberkatan rumah tanggaku kelak. Ku petik sedikit kata2 Dr Nazri yang bercinta sebelum kahwin dan sering keluar bersama dengan teman wanitanya dalam buku Dr Farhan Hadi-Denyut Kasih Medik :
" Kena jaga hubungan dengan tunang. Saya rasa macam tak berkat aje lepas kahwin. Hati jadi susah. Rasa selalu curiga. Bila dia keluar aje terus rasa tak sedap hati. Kalau sebelum kahwin dah berani keluar dengan saya, sekarang ni pun mestilah berani keluar dengan lelaki lain. Curiga ni susah nak hilang. Rasa menyesal pula tak pilih yang baik dan solehah,"
Inilah yang cukup aku takuti. Benarlah, dosa semalam menjadi kecurigaan hari ini, esok dan selamanya! 
Sememangnya jatuh cinta itu bukanlah sesuatu yang salah kerana ianya fitrah dan merupakan hadiah dari Sang Pencipta. Tetapi manusia sering kali terlupa dan leka, mereka terlalu taksub dengan hadiah yang diberi sehingga terlupa untuk berterima kasih pada Sang Pemberi Hadiah itu. Oleh itu hati ini kuserahkan padaNya, biarlah Dia yang menentukan kepada siapa yang layak memilikinya..wallahualam..